Sunday, 10 August 2014

Kita Merancang, Allah Menentukan : Bila Bapak Jatuh Sakit

Jam menunjukkan 2 pagi. Baru lepas makan malam dengan mak di dapur sesudah pulang dari KPJ Ipoh.

2 hari yang hectic untuk kami sekeluarga. Apalagi teramatla hecticnya untuk bapak. Mengimbau kembali jam 11.30 pagi 7 Ogos 2014 (2 hari lepas) bila aku dapat panggilan bapak. Kata bapak dia di Jabatan Kecemasan Hospital Ipoh, sakit dada. Aku terus pening, bernafas pun tak lepas rasanya. Jika di Hospital Manjung, senang segera aku ke sana. Ditambah dengan patah tapak kakiku yang masih sakit ini. Ya Allah, aku harus segera pulang. Pantas, aku buat panggilan pada abang. Aku katakan pada abang, aku mahu segera pulang ke Ipoh, bimbang dengan keadaan bapak dan aku pasti bapak juga memerlukanku.

Tengahari, abang dan Syukri pulang, terus kami ke Hospital Ipoh. Sesaknya Hospital Ipoh. Manusia dengan pelbagai penyakit dan kesakitan memenuhi Jabatan Kecemasan. Kami tak dibenarkan masuk beramai-ramai. Aku pergi dapatkan bapak. Ku lihat bapak terduduk di atas katil di satu sudut di dalam Jabatan Kecemasan. Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 petang. Bayangkan, sejak 10.30 pagi bapak disitu, tanpa sebarang intervensi. Bila ditanya, wad masih penuh. Aku teringat pula jiran pada staffku di Hospital Manjung. Katanya suaminya salah seorang Doktor Pakar di Jabatan Kecemasan. Tanpa berlengah kudail nombor telefonnya dan bertanyakan hal bapak. Sepanjang pengetahuan Doktor Hasri (bukan nama sebenar) bapak hanya mendapat serangan ringan. Alhamdulillah, sedikit lega. Namun jauh disudut hati aku sangat kasihan melihat bapak gelisah berjam-jam tunggu di Jabatan Kecemasan dan tiada seorang pun doktor lain yang datang menjenguk selepas kali pertama jam 10.30 pagi tadi.

Aku mula terfikir. Lebih baik bawa bapak keluar, masuk ke hospital swasta, pasti lebih selesa keadaannya, InsyaAllah. Nak dimarah, aku amat faham keadaannya di Hospital Ipoh ni. Sesak dan penuh sentiasa. Dan sekarang aku faham kenapa sesetengah keluarga lebih sanggup berhabis duit membawa keluar ahli keluarga yang sakit dihospital kerajaan untuk ke hospital swasta. Baru aku faham. Segala-galanya untuk yang tersayang. Aku berbincang dengan adik-adik. Selaku anak sulung, aku membuat keputusan untuk membawa bapak ke hospital swasta. Ku tanyakan pada adik-adik berapa simpanan yang mereka ada, takut-takut jika perlu diguna untuk uruskan kemasukan bapak ke hospital swasta nanti. Alhamdulillah, aku mempunyai adik-adik yang sangat baik. Adik iparku juga sanggup mengeluarkan duitnya untuk kesihatan dan keselesaan bapak. Pun terharu, air mata ku tahan kerana tidak mahu bapak lebih bimbang. Mak ku lihat tabah dan tenang. Walaupun hakikatnya aku kenal raut wajah itu, tapi kami semua harus kuat demi bapak. Aku membuat beberapa panggilan ke beberapa hospital swasta disekitar Ipoh. Hospital Fatimah, fully bed. Hospital Pantai, fully bed. KPJ Ipoh masih ada tapi memerlukan RM4k sebagai deposit. Agak mahal untuk kami sekeluarga. Akhirnya aku berjaya menghubungi Perak Medical Centre, deposit hanya RM2k. Alhamdulillah.

Kami pun terpaksa membawa keluar bapak. Demi keselesaan. Walaupun ketika itu sudah jam 8 malam, bapak baru sahaja berjaya dimasukkan ke dalam wad kerana wad baru sahaja kosong. Kebetulan, ada kawan bekerja diwad itu, saya terus menelefon Dr Tasnim dan menyatakan hasrat kami sekeluarga untuk membawa bapak keluar. Saya jelaskan pada Tasnim, dia faham. Saya tidak mahu pihak wad salah faham dengan tindakan kami membawa keluar bapak. Bukan kerana tidak puas hati, tetapi kami mahukan yang terbaik untuk bapak. Kata bapak, nak solat pun susah. Urusan dibuat, setelah semua dokumentasi didalam wad siap, kami pun membawa bapak ke PMC.

Kami tiba di PMC jam 10pm lebih. Ku lihat bapak dah keletihan. Kecil sahaja hospitalnya tapi mempunyai physician, general surgoen. Agak mampu untuk kita bayar berbanding hospital swasta yang lain. Teringat aku baru-baru ini sepupu baru sahaja discharge dari PMC, pembedahan appendicitis hanya RM3k berbanding RM6k di KPJ. Sudah tentu, jika lakukannya di hospital kerajaan, jauh lebih murah. Di PMC, kami perlu menunggu doktor tiba. Dalam sejam lebih, kerana doktor mahu keputusan darah siap baru harus memanggil dia. Baru aku perasan, tiada keputusan 'Cardiac Enzyme' disertakan bersama. Sekali lagi aku message Dr Hasri, Pakar di Hospital Ipoh tadi. Terkejut dan menyedihkan, rupanya bapak bukan terkena serangan ringan. Tetapi agak serius. Tahap enzim jantung bapak meningkat. Itu menunjukkan bukan serangan jantung biasa. Bapak tiada darah tinggi, bukan perokok, bapak juga pengamal gaya hidup sihat. Jarang sekali makan berlebihan, rajin bersenam dan menjaga kesihatan badan. Tapi, jika Allah kata kun fayakun, tiada yang mustahil bagiNya. Tambahan arwah wan meninggal kerana serangan jantung. Itu sudah cukup kuat mengaitkan bapak dengan sakit jantung. Ok, bertenang Nurul. Aku harus tenangkan diri. Jika di hospital tempat aku bekerja, NSTEMI masih dirawat secara konservatif, maksudnya dengan ubat-ubatan. Bila Dr Ngo (bukan nama sebenar) tiba, dia kelihatan agak bimbang melihat keputusan darah bapak. Aku amat faham, jika diswasta sudah tentu mereka mahu terus melakukan angiogram dan kemudian angioplasty jika perlu. Saya terangkan pada Dr Ngo, saya sangat faham situasi bapak dan buat masa ini saya mahu bapak meneruskan rawatan konservatif dan jika perlu, barulah kita buat ikut keperluan. Dr Ngo menerangkan dengan teliti kepada semua dan aku perlu menandatangani pengesahan bahawa kami tidak mahu intervensi pembedahan buat masa sekarang. Prosedur biasa untuk kami dihospital. Aku juga selalu lakukannya dulu jika pesakit enggan mengikut rawatan yang kami cadangkan.

Alhamdulillah, masuk ke bilik single di PMC, bapak nampak sangat selesa. Ubat dimulakan. Bapak perlu 24 jam dengan drip. Cuma ketika solat bapak akan cabut untuk sementara waktu. Hampir pukul 12 tengah malam ketika itu. Kami pastikan bapak ok, kami pulang kerumah mak bapak di Taman Meru, mak tinggal menemani bapak. Mak pun dapat katil yang selesa. Kami betul-betul lega dan bersyukur. Duit boleh dicari, tapi mak bapak kita 1 sahaja dalam dunia ni.

Esoknya, selesai sarapan, kami terus ke tempat bapak. Siti dan Zuwairi sekeluarga ambil shift petang. Nampak bapak sihat tapi kata bapak ada sikit-sikit rasa sakit dada tapi lebih baik dari semalam. Ramai yang datang mengunjungi bapak. Bapak memang disayangi ramai. Kawan-kawan sekerja, jemaah masjid, jiran tetangga, saudara mara. Tetapi aku kurang bersetuju menerima kunjungan berterusan begitu. Bapak tiada peluang untuk betul-betul berehat. Jika dihospital kerajaan, pesakit CCU tidak dibenarkan melawat. Hanya waris terdekat sahaja. Apa boleh aku buat, demi menjaga hati orang yang lebih tua. Cuma aku terus berdoa agar bapak terus sihat dan boleh cepat keluar dari hospital.

Petangnya.....kisah ini masih panjang...pastinya berakhir dengan baik tetapi perjalanannya agak sukar untuk kami sekeluarga. Tiada tangisan demi memberi semangat pada bapak...nantikan sambungannya...

Saya, Shaklee dan Raya

Bila tiba hari raya, semua insan bergembira...lalalala...tak kira tua, muda, miskin, kaya..

Antara kegembiraan saya, saya boleh menyusun balik jadual biasa pengambilan vitamin Shaklee saya. Dan saya boleh makan Lecithin dan Omega untuk pastikan lemak-lemak berlebihan dapat disingkirkan segera. Almaklum...puasa wei..semua juadah mesti nak rasa. Tapi kesihatan mesti jaga juga.

Lepas sarapan pagi, sebelum solat hari raya, saya ambil:

Vitalea
Vitamin C
Vitamin B Complex

Vitamin 3 serangkai kesayangan saya, yang saya tak pernah tinggal walau ke mana saya pergi pun.

Minum pagi, dalam pukul 10...saya akan ambil:

ESP 1 sudu+Mealshakes 1 sudu+Kolagen
Alfalfa 5 tablet

Tengahari selepas makan saya akan ambil Lecithin 3 kapsul..(tersingkir lemak-lemak)

Minum petang saya minum ESP 2 sudu dengan Alfalfa 5 tablet

Selepas makan malam Omega Guard 3 biji dan VIVIX 1 sudu kecik

Sebelum tidur saya ambil Ostematrix dan Vitamin E

Wah!!! Padatnya jadual pengambilan vitamin saya. Best! Saya sangat suka! Asalkan badan saya sentiasa sihat dan bertenaga, kulit pulak halus mulus. Sangat berbaloi!!

Raya....sempat ke? Mestila sempat...bawak je dalam bekas ubat kecik-kecik tu.

Paling best bila ramai orang menegur, kulit cantik, anak 3 pun selim melim lagi...hehehehe...kembang hidung tau...abang pun sengih je...

Siap sempat promo Shaklee lagi. Ada yang berminat. Nasib baik ada bawak stock balik kampung..

Pendek kata, Shaklee memang best. Anda pun patut cuba.

Untuk pertanyaan lanjut, jom kita sembang-sembang..hubungi saya.

Nurul 0187812078
Fb Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor anda

Testimonial GLA-Hebat!

Assalamualaikum

Sempena promo GLA ni, saya pun terpanggil nak membaca lebih tentang GLA. Memang saya dah tahu kebaikan-kebaikan GLA dan fungsi-fungsinya malah saya sangat yakin dengan semua produk keluaran Shaklee.

Wow! Hebat betul testimonial Shaklee ni. Semuanya dari pelanggan-pelanggan Shaklee yang dah jatuh cinta dengan Shaklee

Testimonial 1
GLA jadi ikhtiar pelanggan yang ada masalah cyst dalam rahim ni. Bila ada masalah cyst, agak sukar untuk mengandung. Alhamdulillah selepas konsisten makan GLA, cyst jadi megecut dan akhirnya pelanggan ini mengandung. Suke!

Testimonial 2
Semua orang tahu GLA terkandung dalam EPO. Ramai makcik-makcik jadikan GLA sebagai ikhtiar untuk atasi simptom-simptom premenopause dan menopause. Rasa mudah panas (hot flush), sensitif. Alhamdulillah, berkesan membantu mengurangkan simptom-simptom ini

Testimonial 3
Pelanggan ini menghadapi masalah kitaran haid yang tak teratur. Dah berkahwin beberapa tahun masih belum dikurniakan zuriat. Susahnya untuk merancang untuk mengandung jika kitaran haid tak teratur. Bila mencuba GLA dan ambil GLA secara konsisten, Alhamdulillah, kitaran haid dah teratur, mudah untuk mengira waktu subur. Semoga mudah pula mengandung selepas ni, InsyaAllah.

Banyak lagi testimonial hebat GLA ni. Walaupun pelanggan-pelanggan biasanya mengambil GLA kerana masalah wanita tapi anda juga dapat manfaat lain.

GLA juga membantu mengurangkan paras kolesterol (Omega 6), selain dari mengawal simptom premenses seperti bengkak dan sakit buah dada dan tekanan berlebihan.

Alhamdulillah. Banyak ikhtiar kita untuk tubuh yang lebih sihat.

Jika anda berminat untuk GLA, sila PM saya

Facebook : Nurul Huda Ariza
Whatsapp : 0187812078
Blog : www.akudoktormuslim.blogspot.com

Thursday, 7 August 2014

GLA Complex Shaklee - Banyak kebaikannya

Assalamualaikum

Bila disebut GLA, pasti ramai yang tak tahu apa itu GLA. Tapi kalau saya sebut EPO (Evening Primrose Oil) mesti semua orang tau kan. Terutamanya adik kakak diluar sana, kaum Hawa la.

GLA sebenarnya kandungan di dalam EPO. GLA (gamma linoleic acid) memainkan pelbagai peranan penting untuk tubuh. Cumanya, badan kita tak boleh hasilkan GLA ni sendiri. Jadi kenalah ambil suplemen GLA.

Kenapa GLA Complex? Kenapa Shaklee tak namakan EPO aje?

GLA Shaklee diekstrak daripada pokok Borrage. Bunganya. Minyak Borrage mengandungi 2 kali ganda lebih GLA dari EPO. Dah tentu Shaklee nak sediakan yang terbaik untuk pelanggannya.

Kenapa pulak Complex?

Sebab, GLA dicampur bersama minyak bunga matahari dan Vitamin E. Bukan kebaikan GLA sahaja yang kita dapat, Vitamin E juga.

Antara manfaat utama GLA:

-mengawalselia hormon-GLA banyak diguna untuk menstabilkan hormon terutama bagi mereka yang mempunyai masalah haid yang tak teratur, sekaligus membantu merancang untuk mengandung

-GLA juga terbukti berdasarkan testimonial seluruh dunia sangat membantu mengurangkan simptom PMS (Premenstrual Simptom) seperti breast pain, kembung perut, juga membantu mengawal simptom menopause dan premenopause seperti hot flush.

-GLA membantu mengurangkan radang sendi dan kesakitan dan bengkak-bengkak sendi terutama bagi pesakit Rheumatoid Arthritis

-GLA mengurangkan kesan kerosakan saraf akibat penyakit kencing manis, sekaligus mengurangkan masalah kebas-kebas pada pesakit kencing manis

-GLA sangat membantu dalam rawatan penyakit kulit seperti eczema, dermatitis dan juga kelemumur

Sangat banyak kebaikan GLA yang saya nak kongsikan. Banyak kajian pakar-pakar perubatan berkaitan kebaikan GLA yang sangat bagus untuk kesihatan kita.

Anda boleh PM saya untuk pertanyaan lanjut dan pembelian GLA.

Nurul 0187812078
FB : Nurul Huda Ariza

Shaklee Independant Distributor

Senyum

Anak Soleh Anak Hebat

Menjadi impian ibu ayah memiliki anak yang soleh. Hebat ilmunya, akhlaknya, imannya. Sejuk mata memandang, sejuk hati yang mengandungkan.

Muhammad Faris Farhan Al Hafiz
Nur Izzatul Husna Al Hafizah
Nur Fathin Hanani Al Hafizah

Anak-anak ibu yang hebat
Anak-anak ibu yang soleh solehah
Anak-anak ibu yang akan bersama ibu disyurga

Impian ibu agar anak-anak ibu menjadi pejuang agama, penjaga Al Quran, menghafaz 30 juzuk Al Quran siap dengan memahami Al Quran dan mengajarkannya pula pada yang lain.

Muhammad Faris Farhan...

Faris anak sulung ibu. Abang dan contoh untuk adik-adik. Faris mesti menunjukkan teladan yang baik pada adik-adik, Farislah yang menjadi harapan ibu untuk menjaga keluarga kita membantu ayah. Suatu hari, Faris pasti akan menghafal Al Quran, menjadi ulamak yang disegani dan menjadi rujukan semua orang. Berakhlak tinggi, dekat dengan Allah dan Rasulullah. Dunia Faris cemerlang, akhirat lebih-lebih gemilang. InsyaAllah

Nur Izzatul Husna...

Puteri ibu. Cinta ibu. Al Quran kan penuh di dada. Dibibir hanya melantun bicara bermakna, santun muslimah menjadi idaman yang soleh. Menjadi srikandi agama, kebanggan ayah dan ibu. Islam dijunjung walau kemana. Dunia dan akhirat berjaya keduanya

Nur Fathin Hanani...

Si cilik comel ibu. Terkedek mengatur langkah. Jiwanya besar, cita-cita Islami setinggi gunung. Al Quran menjadi nyanyian anak ibu ini, Al Quran menjadi bahan cerita dan teladan untuk Fathin. Dunia bertuah atas adanya dia, syurga menunggu kedatangannya, kedatangan kita semua.

Anak-anak ibu...

Yang baik-baik aje untuk anak-anak ibu.
Ya Allah, bimbinglah kami ke jalanMu
Jadikanlah anak-anakku soleh, anak-anakku hebat.

Amin

Tuesday, 5 August 2014

Impian yang belum terlaksana

Saya ada 1001 impian. Sekecil-kecil impian hinggalah ke impian yang besar-besar. Satu persatu impian saya catitkan sejak berShaklee. BerShaklee seolah-olah memberi harapan untuk melaksanakan impian-impian saya. BerShaklee juga mendorong saya untuk berani bermimpi.

Dalam banyak-banyak impian, satu yang paling lama dah saya impikan. Menunggu tika dan saatnya untuk menjayakannya. Entah sampai bila nak tunggu, saya sendiri pun tak pasti.

Menulis buku...

Impian yang dah sekian lama dan hampir berkubur. Saya suka menulis. Dari sekolah saya suka mengarang puisi. Dan banyak cerpen dan novel tak sudah milik saya. Pindah sana-sini, cerpen entah ke mana, novel apatah lagi.

Bila masuk universiti, saya mengarang banyak puisi. Saya simpannya sebagai koleksi peribadi saya. Ada sekali dua saya hantar untuk pertandingan peringkat universiti, walaupun tak mendapat hadiah utama, tetap rasa gembira kerana hasil tulisan saya dipamerkan.

Saya sudah mengarang 3 novel yang tak sudah. Semuanya hampir 100 mukasurat tetapi hilang begitu sahaja bila komputer saya di reformat. Saya pun lupa nak save dalam usb or cd. Semuanya kisah kehidupan, yang sarat dengan nasihat dan keinsafafan.

Terlalu ingin menulis buku...

Kerana saya nampak jalan dakwah disitu. Saya amat berharap, tulisan saya memberi impak besar pada pembaca. Memberi pahala yang berterusan kepada saya. Dan membantu saya muhasabah diri untuk jadi yang lebih baik, memdorong untuk saya lebih gigih mempraktikkan hobi membaca.

Orang kata saya ada bakat. Orang kata. Saya penuh dengan keraguan dan ketidakyakinan. Mampukah saya? Berjayakah saya? Haish....belum mula dah fikir merepek2.

InsyaAllah..

Satu hari nanti...satu hari nati

Kalau aku kaya

Saya orang biasa-biasa. Saya tak pernah ada cita-cita yang menggunung tinggi. Tak pernah terfikir nak ada rumah besar dan mewah, duit berkoyan-koyan, kereta mewah, tak pernah. Saya orang biasa yang nakkan kehidupan yang biasa.

Tapi sejak akhir-akhir ni, pelbagai perkara yang buat saya rasa saya perlu jadi kaya. Kaya harta, bebas hutang, kaya juga dengan iman.

Bila mak bercerita tentang rumah yang dipenuhi anai-anai, hanya menunggu masa nak roboh, maka terfikirlah saya. Kalau saya kaya, sekarang jugak saya renovate rumah mak bapak tu. Tak perlu lagi mak dan bapak runsing-runsing.

Dunia sekarang menyaksikan penindasan pada umat Islam. Tak payah pandang jauh, di Malaysia sendiri, umat Islam bagai dijajah minda dan hartanya. Tercabar melihat aset-aset, tanah-tanah kebanyakan dah menjadi milik mereka. Kalau saya kaya, saya akan beli seberapa banyak tanah yang boleh dan saya akan wakafkan untuk yang memerlukan.

Saya mengenali rapat seorang ibu tunggal (suami meninggal) 4 anak ini. Saya sangat kagum dengan ketabahan dan kesungguhan beliau membesarkan anak. Tak perlu sedekah, tak perlu simpati. Disuarakan impiannya pada saya, untuk memiliki rumah sendiri. Ya Allah, kalau saya kaya, saya akan hadiahkan sebuah rumah untuk Kak Zara dan anak-anak.

Waktu ini, umat Islam di Syria dan Palestine dinafikan hak kemanusiaan mereka. Nyawa mereka umpama dihujung tanduk. Apalah daya mampu kita yang jauh, harap sedekah dan doa yang tidak pernah putus untuk mereka. Saya rasa agak terkilan kerana tak dapat menyumbang banyak untuk mereka. Kalau saya kaya, akan saya pastikan setiap bulan sekurang-kurangnya 2k saya akan salurkan untuk mereka.

Ya Allah, pentingnya untuk aku menjadi kaya kerana banyak peranan besar yang perlu aku laksana. Dan sesungguhnya orang Islam yang kaya itu lebih baik dari orang Islam yang miskin.

Aku mahu kaya, kaya harta, kaya iman.

InsyaAllah.

(Sekarang saya melangkah dalam dunia Shaklee. Andai ada keberkatannya disini, saya mohon pada Allah, bukalah peluang kekayaan seluas-luasnya untuk saya melalui Shaklee)

Amin, Ya Rabb...