Thursday, 2 April 2015

Kenapa Air Perlu Untuk Tubuh Kita?

Assalamualaikum

Tahukah anda yang 60% daripada tubuh kita adalah air? Air sangat perlu bagi tubuh menjalankan fungsi organnya dengan sempurna. Kekurangan air mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan akibat dehidrasi.



Ramai dikalangan pesakit yang datang ke hospital dengan pelbagai masalah, bila ditanya, mengambil air yang kurang dalam sehari. Semua orang perlu tahu kenapa kita memerlukan air secukupnya untuk tubuh badan kita.

  1. Air membantu mengekalkan cecair badan untuk menjalankan pelbagai fungsi seperti penyerapan, penghadaman, peredaran darah, penghasilan air liur, mengekalkan suhu badan dan nutrient dalam tubuh. Tanpa air yang cukup, semua proses ini akan terganggu dan menyebabkan pelbagai penyakit.
  2. Air membantu dalam mengawal tahap kalori tubuh kita. Dengan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi, ia menjadi pengganti kepada makanan yang berkalori tinggi, memberikan rasa kenyang yang lama. Ini membantu anda untuk melangsingkan tubuh
  3. Air membantu memberi tenaga kepada otot. Garis panduan dari American College of Sport Medicine mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya 17oz air 2 jam sebelum melakukan senaman. Ini untuk mengelakkan otot menjadi letih akibat kehilangan air melalui peluh.
  4. Air juga membantu memberikan kompleksi baik pada kulit. Kekurangan air akan mengakibatkan kulit berkedut dan kerepot, kering dan kelihatan tidak sihat. Namun begitu, anda jangan salah sangka bahawa pengambilan air yang banyak membantu menegangkan kulit..TIDAK sama sekali.
  5. Air membantu buah pinggang menjalankan fungsinya dengan lancar. Air yang cukup melancarkan proses perkumuhan melalui buah pinggang dan air kencing. Dengan itu, toksid tidak berkumpul didalam badan. Jika anda mengambil air dengan kadar yang sedikit untuk jangka waktu yang panjang, anda berisiko tinggi untuk mendapat batu karang.
  6. Air juga sangat perlu bagi melancarkan proses penghadaman. Kekurangan air menyebabkan usus besar menyerap air dari najis untuk mengekalkan tenaga dan fungsinya dan ini akan menyebabkan sembelit. Najis menjadi keras dan sukar untuk membuang.

    Emm...sekarang memang kita dah nampak dan tahukan betapa pentingnya air? Tapi, masih ramai yang tertanya-tanya. Berapa banyak nak minum? Boleh ke minum banyak? Lain keadaan lain ke amaun air yang perlu diminum?
     

    Cadangan Institute of Medicine, lelaki memerlukan lebih kurang 13 gelas sehari (3 liter) manakala wanita pula memerlukan 9 gelas air sehari (2.2 litre)

    Walaubagaimanapun, jumlah pengambilan air juga perlu berubah mengikut keadaan dan situasi. Wanita mengandung, menyusukan anak memerlukan air yang lebih daripada biasa. Jika kita melakukan senaman kita juga perlu menambah bilangan air yang perlu diminunm. Di Malaysia, persekitaran kita yang sentiasa panas juga menyebabkan keperluan badan terhadap air bertambah kerana banyak yang telah hilang melalui peluh

    Institue of Medicine juga mencadangkan 2.3 liter air perlu diambil oleh wanita mengandung dan 3.1 liter air diperlukan oleh ibu menyusu untuk mengelakkan dehidrasi dan kerosakan organ dalaman.

    Jadi apa lagi...jom kita minum air secukupnya supaya sihat, bertenaga dan kelihatan lebih cantik..

Saturday, 14 March 2015

Makbulnya Doa Seorang Ibu

Assaalamualaikum

Ibu-ibu..

Adakalanya kita tak sedar bila mulut kita berbicara negatif tentang anak..

'Anak aku buas'...
'Anak aku lembab sikit belajar'
'Buatla macamtu, tak besar2 badan tu nanti'
'Degilnye!!'
'Menyusahkan la!'

Dan macam-macam lagi




Gambar Hiasan


Ingat, betapa makbul doa dan kata-kata seorang ibu. Mungkin dikebanyakan masa, kecelakaan, keburukan, kebodohan, kepincangan akhlak anak-anak kita bermula dari mulut kita sendiri.



Sebuah kisah menarik untuk dikongsi tentang salah seorang imam MasjidilHaram. Mempunyai seorang ibu yang hebat. Waktu kecilnya sangatla buas dan nakal tidak terhingga. Suatu hari, ada majlis keraian dirumah. Seperti biasa, ada kambing golek seekor untuk santapan tetamu. Imam kita ni, ambil pasir dan tabur dan baling pada kambing yang tengah di golek sejurus sebelum tetamu sampai. Maka sangat marahla si ibu yang dah berpenat lelah menyediakannya..lalu berkata (lebih kurang ayatnya).."MasyaAllah....kamu ini....bertuah! Satu hari kamu mesti jadi Imam MasjidilHaram...jadi orang baik-baik!"

Dan..sekarang dialah Imam...MasjidilHaram...

Gambar Hiasa


Sejujurnya....adakalanya kita pasti terlepas kata. Kita terlalu jauh dari idealnya seorang ibu. Didiklah diri dengan sabar, basahkanlah lidah dengan zikir dan istighfar, pohonlah petunjuk Allah dalam mendidik anak-anak.

Si kecil- si kecil ini menanti ibu ayah untuk mencorak mereka.....pandanglah wajah dan kedalam mata mereka..sesungguhnya mereka sendiri tidak tahu bahawa tingkah mereka menyakitkan hati kita kerana mereka masih belum cukup dewasa untuk mengerti.



Nasihat untuk diri yang sentiasa mahu menjadi ibu terbaik untuk anak-anak

 
 
 

Friday, 13 March 2015

Memahami PSORIASIS dan Cadangan Suplemen Yang Bersesuaian

Assalamualaikum

Hari itu, ada seorang pesakit datang untuk rawatan sakit badannya. Pesakit ini seorang cikgu. Selesai preskripsi ubat, saya tanyakan padanya tentang keadaan kulitnya yang kelihatan agak kasar dan menebal.

Gambar Hiasan


"Psoriasis ye cikgu? Berapa lama dah ni?". Kasihan sebenarnya kerana cikgu nampak sangat tidak selesa dengan masalah kulitnya itu.

"Iye doktor, sekarang pun dalam rawatan Pakar Kulit, tapi sama aje. Sekejap dia naik teruk, sekejap dia ok sikit. Tapi stress jugakla doktor. Bila kesekolah, kawan-kawan dan anak murid pandang kita semacam. Ada yang taknak dekat langsung, takut berjangkit". Mengeluh cikgu ni.

Saya janji padanya untuk mengkaji lanjut tentang PSORIASIS dan mencadangkan suplemen tertentu untuk melegakan sedikit keadaannya sekarang setelah dia bertanya pada saya cadangan suplemen yang perlu.

Apa itu PSORIASIS?


Perbezaan Kulit Sihat dan Psoriasis


PSORIASIS adalah penyakit autoimmune yang menyebabkan kadar proliferasi kulit lebih pada biasa dan menyebabkan kulit menebal, mengering dan bersisik dan menjadi plak. PSORIASIS adalah penyakit yang tidak boleh berjangkit. Sesiapa sahaja boleh terkena penyakit ini. Anda perlu tahu bahawa penyakit PSORIASIS adalah penyakit sepanjang hidup (life long), tidak boleh diubati, hanya boleh dikawal. PSORIASIS boleh menjadi lega sedikit dan kemudian kembali menjadi teruk (flares).

PSORIASIS biasa berlaku pada kawasan badan seperti lutut, siku, kulit kepala tetapi ada juga psoriasis yang lebih teruk, terjadi kepada seluruh badan. Kajian menunjukkan, pada musim sejuk, psoriasis menjadi semakin teruk. Psoriasis juga boleh menjangkiti hanya kuku sahaja, tiada ditempat lain.






Seperti yang saya katakan di atas tadi, PSORIASIS tidak berjangkit tetapi boleh terjadi mengikut factor keturunan (genetic).

Adalah sangat penting untuk pesakit PSORIASIS mengelak daripada factor-factor yang mengakibatkan PSORIASIS semakin bertambah teruk (flares). Antaranya :

  1. Kecederaan kulit-kecederaan kulit akan mengakibatkan plak psoriasis tumbuh dan merebak dengan cepat
  2. Tekanan dan anxiety-kedua-duanya akan menyebabkan PSORIASIS tiba-tiba terjadi atau menyebabkan PSORIASIS yang sedia ada menjadi lebih teruk
  3. Jangkitan kuman-jangkitan kuman seperti bakteria boleh mengakibatkan timbul penyakit PSORIASIS secara tiba-tiba
  4. Ubat-ubatan-ubatan seperti ubat tahan sakit (NSAIDS) boleh menyebabkan PSORIASIS bertambah teruk. Jika anda memerlukan ubat jenis ini, sila dapatkan nasihat dari doktor anda.
  5. Pendedahan cahaya matahari yang berlebihan
  6. Merokok
Bagaimanapun, kajian menunjukkan kawalan pemakanan tidak membantu dalam mengurangkan apalagi memulihkan penyakit PSORIASIS dan juga tidak menyebabkan ianya menjadi semakin teruk.

Sehingga hari ini, tiada ubat untuk menyembuhkan PSORIASIS. Tujuan rawatan PSORIASIS adalah untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan kadar proliferasi sel kulit yang mengakibatkan kulit menjadi tebal, bersisik dan berplak. Namun begitu, anda jangan tertekan kerana kebanyakan psoriasis adalah jenis yang ringan dan hanya jika dirangsang oleh factor-factor diatas biasanya PSORIASIS  akan menjadi teruk.

7 TIPS UNTUK PENJAGAAN PSORIASIS ANDA

  1. KEKALKAN KELEMBAPAN KULIT
  2. MANDI DENGAN PENUH PENJAGAAN
  3. KEKAL MENGIKUT PERANCANGAN
  4. SEDIKIT CAHAYA MATAHARI
  5. BERHENTI MEROKOK
  6. AMBIL MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG
  7. MEMASTIKAN KESIHATAN MENTAL ANDA
Setelah memahami PSORIASIS, ada beberapa suplemen yang diyakini dapat membantu mengawal PSORIASIS anda, INSYA ALLAH. Kita ikhtiar dengan suplemen yang selamat dan halal dan diyakini bertahun-tahun...SHAKLEE.

1)OMEGA GUARD






Omega Guard mengandungi omega-3. Omega-3 mempunyai kesan antiradang yang bagus. Pengambilan Omega Guard yang berterusan dan konsisten akan membantu mengurangkan tahap severity penyakit PSORIASIS. Kajian juga mendapati bahawa pesakit PSORIASIS kekurangan omega-3 dalam tubuh. Omega Guard juga membantu meningkatkan tahap imun tubuh kita

2)VITAMIN B COMPLEX



Vitamin B Complex mempunyai kesan anti stress. Bukan sahaja stress pada tubuh badan, tetapi stress pada mental kita. Pengurusan stress sangat penting dalam memastikan PSORIASIS tidak menjadi semakin teruk

3)VITAMIN C



Vitamin C  sangat penting untuk kesihatan kulit. Vitamin C membantu membina kolagen dalam kulit, memastikan kulit dalam keadaan yang normal dan lembab.

4)VITAMIN E



Vitamin E mengandungi selenium. Kajian dan review dari pesakit PSORIASIS menunjukkan pengambilannya mengurangkan kejadian PSORIASIS yang teruk. Tambahan pula Vitamin E sangat bagus dalam merawat parut, memudarkan dan memulihkan parut lama, memberi kompleksi yang baik untuk kulit.

5)VIVIX



Vivix dihasilkan daripada antaranya anggur muscardine yang sangat kaya dengan antioksidan. Vivix membantu mengawal PSORIASIS di peringkat sel.

6)HERBAL BLEND



Herbal Blend adalah krim yang dirumus khas dari pokok herba yang bertindak lembut pada kulit. Pengambilan herba blend yang berterusan membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan plak dan penebalan kulit akibat PSORIASIS

Tidak salah kita berikhtiar untuk rasa lebih sihat, dan lebih terkawal penyakit kita. Sesungguhnya sangat tidak selesa sesiapa yang mengidap penyakit PSORIASIS yang teruk ini. Saya amat berharap dapat membantu pesakit saya ini, sekurang-kurangnya mengurangkan ketidakselesaan yang di alami.

Jika anda juga menghadapi masalah yang sama, ataupun sesiapa sahaja yang anda kenali, bolehla mencuba suplemen yang saya cadangkan tadi

Hubungi saya

Nurul 0187812078
Email : nurulhudaariza@yahoo.com
Fb : Nurul Huda Ariza

Saya Sedia Membantu
InsyaALLAH

"KITA MERANCANG, ALLAH MERANCANG, DAN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK"

Projek Jutawan
Kaya Harta, Kaya Iman
Shaklee Effect

*credit to WebMD, National Psoriasis Foundation and medicine.net for information

Thursday, 12 March 2015

Dilemma Seorang Doktor di Jabatan Pesakit Luar

Assalamualaikum

Tetiba terpanggil untuk membicarakan tentang ini. Mungkin untuk melahirkan rasa hati diatas banyak perkara yang berlaku di hospital dan klinik kerajaan khasnya. Rata-rata, sana-sini ada sahaja aduan dari pesakit. Yang paling menyedihkan, ramai juga yang suka menyebarkan keburukan dan sangkaan salah melalui media social. Facebook, whatsapp, Twitter dan sebagainya. Pernahkah anda bertanya?

Teringat saya kisah viral staffnurse yang tidak menyalin lampin pakai buang seorang pesakit di mana gambar mereka diviralkan. Dengan izin Allah, fitnah dikembalikan pada tuannya. Silapnya kerana menuduh melulu dan tidak mahu bertanya. Alhamdulillah, telah selesai kini.

Saya di Jabatan Pesakit Luar. Bermula jam 8 pagi pesakit sudah mula memenuhi klinik. Yang tua, yang muda, yang bayi, India, Melayu, Cina, Caucasian, Brazillian. Masing-masing datang dengan 1001 masalah yang berbeza. Ada orang datang dengan sakit batuk, demam, selsema. Ada orang yang datang dengan tekanan perasaan. Ada orang yang semua anaknya tidak sihat. Ada yang datang dengan symptom yang direka-reka untuk mendapat sijil cuti sakit (MC). Ada orang merana sakit kepala bertahun-tahun. Ada juga dengan masalah alat sulit, masalah tidak lawas kencing, buang air besar dan macam-macam lagi.

Sekadar Gambar Hiasan


Melihat pesakit pada saya bukan hanya sekadar tanya dan tulis, kemudian pesakit boleh balik dengan pesanan, jika tidak baik, datang lagi. I always cracked my head with patients problems.Saya tidak sampai hati membiarkan pesakit yang datang dengan harapan yang tinggi untuk pulih begitu sahaja. Hanya dengan sekali lagi memberi ubat yang sama, sejak bertahun-tahun tetapi masalah kesihatan tetap tidak bertambah baik. Saya tidak suka memikirkan kesusahan pesakit yang kebanyakannya bukan dari mereka yang senang, perlu datang berulang-ulang hanya  kerana masalah sama yang tidak pernah diselesaikan. Adakalanya, saya mengambil masa hampir 1 jam dengan seorang pesakit yang bertanya begitu banyak soalan tentang masalah kesihatannya. Adakah saya perlu katakan tidak? Adakah patut jika saya meminta supaya dia tidak bertanya banyak kerana masih ramai yang menunggu diluar sana? Maafkan saya, saya tidak upaya. Tugas saya bukan sahaja memberi ubat, farmasi pun boleh jika begitu. Tetapi tugas saya memberi kefahaman tentang pesakit tentang apa yang mereka alami, memberi keyakinan pada mereka tentang keadaan yang akan pulih dengan izin Allah, memberi ruang dan peluang pesakit mendapat rawatan pakar, jika perlu.


Sekadar Gambar Hiasan
Tak kurang juga ramai anak-anak yang membawa ibu ayah yang lanjut usia berjumpa doktor. Ada yang mengambil peluang ini untuk bertanya sebanyak mungkin soalan untuk memahami keadaan kesihatan ibu ayah mereka. Sedaya mungkin saya akan cuba menjawab setiap persoalan kerana saya memahami, saya juga seorang anak. Bukan itu sahaja, saya mengagumi sikap anak-anak yang sebegini di mana disaat dunia kita sekarang yang semakin ramai anak-anak meminggirkan ibu dan ayah tetapi masih ada anak-anak yang sangat prihatin keadaan ibu ayah mereka. Tahniah.



Adakalanya, kami juga berhadapan dengan pesakit psikiatri yang datang tanpa tujuan (pandai pula daftar dan ambil nombor) duduk tidak mahu berganjak dihadapan kami, juga tidak mahu membuka mulut. Pun tetap saya cuba layan sebaiknya kerana mereka juga manusia, mungkin betul kali ini mereka memerlukan ubat. Tetapi sukar nak membayangkan pada anda, bercakap dengan orang yang mahu berjumpa kita doktor tetapi tidak mahu berbicara. Bila disuruh balik, berkeras tidak mahu balik.

Tetapi semenjak dua menjak ini tekanan semakin bertambah. Pesakit semakin demand dan kurang sabar. Adakalanya yang menemani (yang tidak sakit) yang berlebihan. Anda datang lewat tetapi anda mahu dilayan segera. Anda datang dengan sakit biasa-biasa tapi anda marah kami melayan lama pesakit yang perlu perhatian lebih. Anda datang dengan sakit yang perlu siasatan lanjut tapi anda memaki hamun kami kerana terpaksa menunggu lama di tempat x-ray, ambil darah, dan makmal darah. Anda menyoal kami bertubi-tubi seolah-olah kami duduk membungkam dikerusi kami. Semuanya mahu segera, semua mahu cepat. Maafkan saya, saya tak mampu. Kerana saya merawat manusia, bukan robot yang hanya sekadar boleh diganti bateri atau recharge semula. Ada masa saya tidak mampu hanya lihat pesakit, menulis ubat dan membiarkan pesakit berlalu. Tidak. I wont let them go until I see their smile of satisfaction. Biar berpuas hati datang berjumpa saya, biar terungkai sedikit keserabutan dengan sakit yang lama ditanggung. Saya suka begitu.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan


Bukan semua pesakit bersikap dengan sikap tak berterima kasih begini. Tapi hanya segelintir. Segelintir inilah yang menambahkan tekanan besar kepada kami. Walaupun agak sukar, setiap hari dilemma inilah yang sentiasa saya lalui. Saya mahu pesakit didalam bilik dihadapan saya berpuas hati, tetapi saya juga mahu pesakit yang masih menunggu diluar sana memahami. Kerana anda juga akan mendapat perhatian yang sama dari saya, cuma gilrian anda belum tiba. Cubalah memahami, yang dirawat ini manusia. Adakalanya masalah tidak semudah hanya dengan memberi ubat, ia lebih dari itu. Adakalanya saya perlu mengorek jauh cerita pesakit untuk mencari punca masalah mereka. Dan ini semua memakan masa. Dan saya minta maaf, rata-rata pesakit yang berjumpa saya pasti akan bercerita mengenai masalah kerja dan rumahtangga mereka pada saya. Perlukah saya katakan tidak, kerana mungkin saya satu-satunya tempat mereka meluahkan perasaan, dan sakit yang mereka alami sangat berkaitan dengan tekanan yang mereka hadapi. Ini juga satu jenis perawatan. Dengan hanya mendengar, mereka akhirnya tersenyum dihujung perjumpaan. Ini tugas saya dan saya tidak dapat mengelat, saya tidak mampu menolak dan menepisnya. Saya mohon kesabaran anda, toleransi anda, pemahaman anda.



Kita kembali kepada ajaran  agama. Sabar, toleransi, memaafkan. Walaupun adakalanya benar, anda mendapat layanan yang tidak sepatutnya dari doktor, jururawat yang tidak mengamalkan prinsip kerja dan tanggungjawab dengan baik, saya mohon maaf bagi pihak mereka dan betul, mereka perlu ditegur, tapi janganlah kerana seekor nyamuk, kelambu dibakar. Mereka yang sebegini bukan mencerminkan kami secara keseluruhan. Anda tentu sangat memahami tetapi adalakanya bila marah menguasai, sabar dah tak teriman lagi, habis semua terkena tempiasnya.

Ya Allah...

Setiap hari Kau Maha Mengetahui bahawa aku sentiasa memohon kemudahan dalam menunaikan tanggungjawab besar ini, kemudahan dalam membantu pesakit yang memerlukan bantuan, kemudahan dalam menghadapi mereka yang menyedihkan hatiku, kemudahan dalam menangani setiap pancaroba hidup.

Aamiin.

Saturday, 10 January 2015

HERB-LAX - Mengatasi Masalah Sembelit

Assalamualaikum

Saya teringat masa saya kecil dulu, mak selalu kata susah nak membuang. Kalau bangun pagi tak dapat nak membuang, satu hari rasa tak selesa. Masa tu macam-macam jamu la mak makan. Tapi waktu tu saya pun tak terfikir pula, bahaya tak jamu tu? Halal tak? Ada kelulusan KKM tak? Ye la..kecil lagi. Sembelit memang satu keadaan yang sangat tidak menyenangkan. Antara punca-punca penyebab sembelit termasuklah :



  • kurang pengambilan air
  • kurang pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi
  • rutin diet yang terganggu
  • kurang aktiviti senaman dan pergerakan
  • pengambilan produk tenusu yang berlebihan
  • stress
  • menahan dari membuang air besar apabila ada rasa untuk membuang mungkin kerana takut kesakitan akibat buasir
  • pengambilan laxative yang berlebihan
  • hypothyroidism
  • mengandung
  • Parkinson

Bila saya mula berkenalan dengan suplemen Shaklee yang sangat saya yakini kebaikan, keberkesanan dan keselamatan produknya, rupa-rupanya Shaklee pun ada mengeluarkan produk untuk melawas. Dan yang bestnya. suplemen Shaklee bertindak dengan lembut pada badan dan tidak membahayakan.

HERB-LAX Shaklee dirumuskan dari kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita dalam jangka masa yang panjang.

Apakah manfaat utama HERB-LAX  ni?
  1. Pembersihan najis yang tersekat
  2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Mengembalikan semola proses semulajadi pergerakan usus
  5. Mengempiskan perut
  6. Membantu memberi kepejalan kepada perut
Walaubagaimanapun, mereka yang mengandung tidak disarankan mengambil HERB-LAX untuk mengatasi masalah sembelit kerana kandungannya yang kaya dengan herba ditakuti akan memberi kesan kepada kandungan ibu-ibu. Sebagai alternative, ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah sembelit disarankan mengambil OSTEMATRIK SHAKLEE secara berterusan dan  ini terbukti keberkesanannya.

Untuk mengambil HERB-LAX, anda perlu memahami beberapa perkara:

Mereka yang mempunyai system penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat permulaan. Manakala didalam keadaan normal, HERB-LAX menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji sehari dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman kembali normal.

RETAIL PRICE : RM52.50
PER BOTTLE : 120 TABLETS

*Discount for my customer...ALWAYS

Jika anda berminat untuk mencuba HERB-LAX atau untuk sebarang konsultansi, boleh hubungi saya,

DR NURUL
SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID : 1067080
HP : 0187812078
FB : Nurul Huda Ariza

Bahaya Merokok : Ikhtiar Berhenti Merokok Dengan VIVIX

Assalamualaikum

Topik yang mungkin semua perokok malas nak baca sebab kebanyakan pun tahu kesan bahaya merokok tapi nikotin dah terlalu banyak melekat sampai ketagihan, tak mampu lagi untuk berhenti. Saya pun tak mahu menceritakan terlalu panjang lebar sangat kesan merokok kali ini. Cuma saya ingin berkongsi 'real life story' dengan semua.

Saya bekerja di klinik. Setiap hari ramai pesakit yang datang dengan pelbagai masalah dan kesakitan. Antara yang paling banyak ialah sakit kepala. Dan apa yang membimbangkan saya kebanyakan yang datang dengan aduan sakit kepala ialah golongan muda dan rata-rata mereka sudah mula merokok awal belasan tahun lagi. Apa kaitan merokok dan sakit kepala? Itu belum lagi symptom-symptom lain yang boleh saya kaitkan dengan merokok.

Tahukah anda?

Merokok mengakibatkan darah menjadi terlalu pekat. Sel darah juga menjadi terlalu banyak. Ini bukan satu petanda yang baik kerana sel darah berlebihan yang dihasilkan ini adalah sel darah yang rosak dan tidak berkualiti. Bayangkan di atas sebuah jalanraya yang sesak, terlalu banyak kenderaan, trafiknya akan perlahan, nak sampai ke satu-satu destinasi pun susah. Begitulah yang terjadi dalam salur darah perokok. Terlalu padat dan pekat dengan darah mengakibatkan pelbagai komplikasi. Di dalam perubatan, keadaan ini di panggil POLYCYTHEMIA. Dan jika melebih paras haemoglobin dan kepekatan darah tertentu, pesakit perlu dimasukkan ke dalam wad untuk menjalankan phlebotomy (membuang darah yang berlebihan dari badan) yang dilakukan dengan menyuntik jarum besar seperti untuk menderma darah tetapi kali ini darah itu tidak disimpan tetapi dibuang kerana tidak berkualiti. Kenapa perlu dilakukan prosedur ini? Kerana lebih banyak kesan dan komplikasi yang akan timbul sekiranya darah terus dibiarkan pekat dalam salur darah.

Polycythemia


Prosedur Phlebotomy

Variasi Jarum Suntikan Yang Digunakan

Apa komplikasi Polycythemia?

Perokok-perokok, atau isteri-isteri atau suami-suami perokok perlu ambil tahu tentang ini. Jangan dibiarkan sebab banyak komplikasi polycythemia kesan dari merokok yang membahayakan nyawa.

  1. Darah yang terlalu pekat membuatkannya mudah membeku. Pembentukan darah beku dalam salur darah akan mengakibatkan stroke, serangan jantung, pulmonary embolism (darah beku menutup salurah darah di paru-paru dan menyebabkan kematian serta merta) dan DVT (penyakit salur darah di kaki biasanya). Jika saya perhatikan patutlah sekarang semakin ramai yang meninggal akibat serangan jantung atau mendapat stroke diusia yang muda walaupun mereka tiada sebarang penyakit. Rokok yang jahat ini telah diam-diam membuatkan salur darah perokok tersumbat.
  2. Polycythemia juga menyebabkan pembesaran saiz limpa. Tugas limpa adalah untuk menapis bahan tidak perlu dalam badan dan dengan peningkatan sel darah yang tidak elok, limpa terpaksa bekerja berlebihan dan akan menyebabkan pembesaran limpa. Lebih banyak komplikasi akan berlaku dengan membesarnya limpa.
  3. Polycythemia juga akan menyebabkan masalah kulit. Kulit akan terasa seperti terbakar terutama selepas mandi air panas dan tidur atas tilam yang panas.
  4. Polycythemia juga meningkatkan risiko ulser perut dan gout.
Jika anda perhatikan saudara mara atau pasangan atau kawan-kawan anda yang suka merokok, kebanyakan mereka sering mengadu sakit kepala, sakit dada, mata kelihatan merah sentiasa, gigi dan kebersihan mulut juga tidak terjaga. Ini semua berpunca dari bahan didalam rokok yang sangat membahayakan kesihatan. Salur darah yang tersumbat dan jangan sampai mereka terkena stroke atau serangan jantung yang mengancam nyawa mereka. Cegah sebelum parah.

Bahan Beracun Dalam Rokok
Jangan tunggu sampai terkena stroke, serangan jantung baru nak berhenti merokok atau mengurangkannya. Anda sepatutnya mempunyai keazaman yang tinggi untuk berhenti merokok. Anda juga patut tahu yang merokok bukan hanya membahayakan nyawa anda, tetapi juga orang-orang kesayangan anda.

Di SHAKLEE, kami ada produk hebat yang terkenal kesannya dalam mengawal tabiat merokok. Ramai perokok mengakui bahawa, desire atau keinginan untuk merokok semakin berkurang sejak mengamalkannya malahan badan terasa makin sihat. Itulah VIVIX.




Bagaimana VIVIX membantu?

Rokok mengandungi nikotin. Nikotin merupakan salah satu bahan toksik di dalam rokok yang menyebabkan ketagihan. Nikotin adalah salah satu radikal bebas yang boleh merosakkan DNA di dalam badan. 

Apa akibatnya jika DNA rosak?

Setiap sel kita mengandungi DNA. DNA merupakan bahan asas menentukan sel-sel terbentuk dengan sihat. Jika DNA dan rosak, maka sel-sel pun rosak. Akibatnya, akan berlaku mutasi DNA. Sel-sel yang mengandungi DNA mutasi akan membentuk kanser atau penyakit-penyakit lain.
 
Secara ringkasnya, Vivix Shaklee bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA dan seterusnya membantu menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Sel-sel yang telah rosak akan dibaiki. Jika anda seorang perokok yang mengidap kanser, vivix membantu membaiki sel-sel kanser ini dengan cara membaiki struktur DNA sel tersebut.
 
Jika anda mengamalkan VIVIX secara konsisten, bukan sahaja anda akan berjaya berhenti merokok tetapi anda akan dapat menikmati pelbagai manfaat produk hebat ini, Insya ALLAH
 
 
 

Jom berhenti merokok. Anda mampu mengubahnya!
 
 
 
Hubungi saya untuk konsultansi kesihatan dan produk Shaklee
 
Dr Nurul 0187812078
Fb Nurul Huda Ariza
 
 

Friday, 9 January 2015

Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum

Saya ibu kepada 3 orang anak. Dari anak sulung, sampai anak ketiga yang sekarang ni sudah setahun lebih, saya memang tegar dalam menyusukan anak. Saya bermula dengan zero, tiada pengetahuan tentang penyusuan ibu sehingga saya boleh membimbing orang lain pula untuk menjayakannya.

Walau apa pun petua baik untuk menjayakannya, saya pasti akan cuba. Asalkan si comel saya dapat susu badan yang mencukupi dan ibunya terus sihat bertenaga. Apa yang tak pernah saya cuba, asalkan dikatakan bermanfaat untuk kami berdua dan pastinya halal, saya pasti akan mencubanya.

Selepas melahirkan Nur Fathi Hanani, dalam tempoh berpantang tempoh hari, saya berkenalan dengan Shaklee. Saya tertarik dengan Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee. Antara suplemen yang terkandung dalam Set Menyusu ini ialah Alfalfa.

Asalnya, saya tak tahupun apa khasiat Alfalfa. Saya hanya ikut panduan makan Alfalfa dan minum air banyak untuk mengelakkan healing crisis dan meningkatkan kadar penyerapan vitamin-vitamin yang saya makan.

Sesuatu yang luar biasa tidak pernah saya alami sebelum ini, sejak amalkan Alfalfa dan Set Menyusu Shaklee, saya tidak mudah letih macam dulu. Apa taknya, siang hari waktu bekerja saya akan EBM 3 jam sekali di tempat kerja dan bila balik rumah, anak-anak saya semuanya jenis menyusu malam 2 jam sekali. Bayangkan kurangnya kualiti tidur saya. Bangun pagi badan terasa lesu. Sepanjang hari dan kitaran itu terus berulang dan adakalanya memberikan tekanan kepada kita.

Tapi, tidak lagi sejak amalkan Alfalfa. 5 biji Alfalfa waktu pagi selepas perah susu, dan 5 biji pula disebelah petang selepas sessi EBM petang, Alhamdulillah, badan saya rasa sangat segar dan bertenaga. Jarang sekali nak rasa lesu dan letih. Susu badan juga banyak dan pekat. Tidak lupa, saya juga mengambil ESP Shaklee bersama.

Selain itu, saya mula perasan yang saya juga kurang bersin dan gatal-gatal hidung seperti dulu. Badan saya juga jarang
lenguh-lenguh. Ketika itu barulah saya mula buat carian tentang Alfalfa. Wow!! Rupanya Alfalfa ni satu suplemen yang sangat hebat. Dah diamalkan oleh orang Cina dinegara China sejak turun temurun.

Alfalfa beri kesan detoks
Alfalfa sebagai 'milk booster'
Alfalfa kurangkan simptom resdung
Alfalfa kurangkan bau badan
Alfalfa sebagai anti kanser

Dan banyak lagi kebaikan Alfalfa. Saya sangat mencadangkan Alfalfa kepada anda.Jika anda berminat, boleh hubungi saya.

Nurul 0187812078
Facebook Nurul Huda Ariza
Email nurulhudaariza@yahoo.com

Saya Shaklee Independant Distributor
Seri Manjung, Perak, Malaysia