Saturday, 8 March 2014

Puteri-Puteri Beta

Assalamualaikum

Ini gambo 2 orang puteri saya. Comelkan? Hehehe..tak kirala apa orang nak kato..ambe tetap rasa dua2 comel. 

Yang kakak namanya Nur Izzatul Husna. Sekarang kakak 4 tahun. Sangat bersemangat gi skolah tadika kesayangannya, Brainy Bunch International Islamic Montessory. Hari-hari cakap English ala Jerman dengan ibu, ayah dan yang paling selalu kena layan kerenah dia, adik dia la.

"Fathin Hanani, no!"
"Fathin Hanani, quiet"...bla..bla..bla..konon membebeal kot English..adik pun macam faham je apa kakak dia cakap. Kononnya menurut perintah la tu.

Husna suka sangat menyanyi. Macam-macam lagula. Paling suka lagu Let It Go cerita Frozen yang glamer tu. Jangan dibagi pakai gown, mulala berangan jadi princess dan menari habis pusing satu rumah. Bingit telinga semua orang, tapi kami bahagia sebenarnya. Seronok tengok gelagat anak-anak.

Dah hujung tahun, Husna pun dah nak habis tadikanye di BB tahun pertama ni. Sekarang disekolahnya sibuk berlatih untuk Graduation Day. Ha...ko hado? Hehehe..Graduation Day bagai. Kat Hotel Orient Star tau. Hari-harila dengar dia dok hafal poem, menyanyi entah apekemende 'hura...hura'...siap dengan gaya. Seronok gak tengok. Macam anak omputih spekong memanjang. Kikiki. Tak sabar ibu ayah nak gi Graduation Day Husna Sabtu 15 November 2014 ni.

Fathin Hanani sekarang dah setahun 4 bulan. Geram nak kenyek aje rasa. Comel..dah makin banyak perangai. Paling suka menyakat semua orang. Orang bentang sejadah dia gi tarik. Orang nak bentang tempat tidur, dia gi landing sesiap. Hehehe...cubit baru tau. Makan sekarang Alhamdulillah. Ibu tengok adik suke makan, ibu pun rajin buat macam-macam. Sampai Ummi Fauziah (nursery) tanyala resepi nak masakkan untuk bebudak di nursery. Hehehe. 

Haa...menyusu tak lepas lagi. Asal ambil di nursery je terus tak nyempat dalam kereta tu la nak menyusu. Macam supermom pulak ibu sambil drive sambil nyusu. Mintak dijauhkan dari bahaya Ya Allah. Dah makin besar ni, makin banyakla akalnya. Suka mengadu hal kakak abang kat ibu ayah. Kalau terkena sikit pun bunyinya huh, macam kena teruk. Kecik ni comel je ibu nampak. Hehehe...jangan melarat mengada-ngada sampai besar udah.

Dua orang puteri ibu ni, sayang sangat kat ibu. Berebut malam-malam ni nak tidur dengan ibu. Kakak pun kalau dapat rasa tangan ibu baru boleh tido. Kalau tak selagi tu tahan mata tak tidur. Fathin toksah cakapla...menyusukan. Mesti nak menyusu dulu baru boleh tido.

Harapan ibu...

Puteri-puteri ibu jadi anak solehah. Hamba Allah yang taat, umat Nabi Muhammad yang sentiasa ikut sunnah baginda. Penghafaz Al Quran InsyaAllah. Ibu doakan puteri-puteri ibu berjaya dunia akhirat, disayangi makhluk langit dan bumi. Ibu juga doakan Husna dan Fathin dapat jodoh yang baik, dikalangan hamba yang Allah sayang, dapat zuriat keturunan yang sihat dan baik.


I LOVE U BOTH!!

*nanti kita cerita pasal abang ye

1 comment:

  1. Comel dan bijak. Semoga menjadi anak yang solehah. Aamiin.

    ReplyDelete