Saturday 22 March 2014

Takut kenang MH370

Assalamualaikum

Gambar ni saya ambil masa hantar Muhammad Faris Farhan naik bas untuk ke Zoo Taiping, ikut rombongan sekolahnya.

Ini kali pertama anak ibu berjalan sendirian dengan orang luar tanpa ibu. Jauh jugak Manjung ke Taiping, dalam sejam setengah perjalanan. Masa dapat borang untuk tandatangan kebenaran dulu, ibu ayah tak banyak bicara, tandatangan saja. Yakin dengan guru-guru sekolah. Lebih-lebih lagi yakin dengan Allah.

15 March 2014 ibu hantar Faris naik bas. Seronok benar kelihatan anak ibu ni. Tapi jauh disudut hati ibu agak gusar. Terkenang tetiba pesawat MAS MH370 yang dikatakan hilang dalam perjalanan.Bayangkan suasana semasa menghantar penumpang-penumpang. Ibu menghantar anaknya. Pasangan suami isteri yang gembira untuk berbulan madu. Sekumpulan orang yang ingin pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara. Pasti sangat teruja dan gembira sekali. Tapi..perancangan Allah itu terlalu jauh dari yang kita sangka. Sampai sekarang setelah 2 minggu, masih tiada jawapan. Hilangkah..meletupkah...dirampaskah...

Gusar hati ibu sembunyikan. Dari pagi sehinggalah Faris Farhan kembali ke pangkuan ibu tak henti-henti hati dan mulut berdoa kepada Allah. Semoga selamat pergi dan pulang.

Alhamdulillah. Semuanya selamat. Faris gembira dapat berjalan dengan kawan-kawan dan ibu sangat lega.

Terkenang kembali...dimana kau MH370?


Kembali pada Tuan punya segala keajaiban didunia ini. Hanya Allah yang Tahu.

No comments:

Post a Comment