Thursday 10 April 2014

Akibat mengabaikan SOLAT

Assalamualaikum

Hari ini tetiba teringatkan sebuah kisah dengan seorang pesakit.

Wanita 40an, mengandung beberapa bulan, temujanji dengan klinik berdekatan rumah tapi datang ke hospital sebab katanya tak yakin dengan doktor dan staf disana.

Kakak ni nampak restless. Menyalahkan orang itu, orang ini. Merasakan dianiaya oleh orang. Begitu yakin diri dianiaya dek kakitangan klinik berkenaan.

Aku ambil buku mengandungnya. Aku selak, aku teliti, aku amati. Tiada apa yang salah dengan management disana. Kakak ini mengidap kencing manis sewaktu mengandung (Gestational Diabetes) dan memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan terkawal atau tidak. Aku maklumkan padanya, tiada apa yang salah. Jika aku, perkara yang sama akan aku buat. Katanya, mereka mahu naya dia. Disuruh minum air gula banyak nak suruh mati cepat. Ramai kawan-kawan kata tujuan minum air gula tu nak bagi gula naik tinggila.

Ish..pemahaman yang cetek. Kurang pendidikan, kurang penerangan mungkin. Aku cuba terangkan biar dia faham. Semakin tinggi pulak suara kakak ni. Katanya, ramai yang kene cucuk lepas minum air gula. Doktor nak bagi dia cepat mati. Aku putus angin. Aku tolak buku mengandungnya jauh dan aku kata padanya, suruhlah kawan2nya yang 'bertauliah' doktor tu rawat. Aku dah tak mampu buat dia faham.

Terdiam sekejap, kakak tu kembali meraban. Kali ni katanya staffnurse di klinik berkenaan gosip dia dengan doktor. Kata dia nak mengorat doktor di klinik tersebut. Katanya staff mahu bunuh dia dalam diam. Aku hilang sabar. Masih ramai pesakit sebenar diluar yang memerlukan rawatan dari aku. Sudah hampir sejam aku buang masa dengan kakak ini.

Akhirnya aku tanya pada dia..

Aku : Akak, saya nak tanya satu je. Solat 5 waktu cukup tak ni? Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya'?

Pesakit : Adala jugak doktor. (Acuh tak acuh jawapnya)

Maka mulala leteran aku.

"Akak, ini lah puncanya. Akak tak solat. Akak abaikan solat. Tu la yang jiwa tak tenang. Salahkan orang tu, orang ni. Yang betul akak nampak salah, yang salah akak kata betul. Jiwa tak tenang akak. Akak nak saya tolong, saya boleh tolong. Tapi akak kena tolong diri sendiri dulu. Kita orang Islam, jadilah yang baik, yang taat. InsyaAllah Allah pelihara. Tak kene fitnah, tak kena aniaya...." Panjang lagi untuk aku teruskan.

Terfikir sejenak..aku ni doktor ke ustazah? Huhu...jadilah dua2. Selamatkan ummat dengan cara dan ruang lingkup sendiri.

InsyaAllah..

Jangan abaikan solat!

No comments:

Post a Comment