Tuesday 8 April 2014

Senyum Seindah Suria

Assalamualaikum

Senyum seindah suria yang membawa cahaya, senyumlah dari hati duniamu berseri...

Senyum umpama titian, dalam kehidupan. Kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum.

Pagi ini kita bicara pasal senyum. Senyumlah. Semoga senyuman kita akan meredakan segala gundah di dalam dada.

Senyum satu sedekah. Tak peru wang, tak peru harta, Allah bagi semua hamba peluang untuk mendapat pahala. Dan inilah semudah-mudah pahala. Senyum

Pernah dengar istilah 'virus'. Virus ni satu organisma yang menjangkiti manusia. Bila dijangkiti, amat mudah pula berjangkit. Begitulah senyum. Jika kita senyum pada orang, kita akan membuatkan orang itu pun mahu tersenyum, lalu dia tersenyum pada yang lain dan seterusnya yang lain pun turut tersenyum.

Senyumlah. Dan sebarkan salam. Rasulullah kata itu penguat ummah. Kita muslim semua bersaudara. Mari kita doakan kesejahteraan semua.

Senyum

No comments:

Post a Comment