Thursday 10 April 2014

Kemalasan Bersarang di Minda yang Lemah

Assalamualaikum

Pagi Jumaat yang mulia, sedikit kesempatan untuk berbakti dan memberi, semoga meningkat kemuliaan disisi Allah.

Hidup ini suatu perjuangan yang perlu diteruskan. Mahu tidak mahu, masa akan terus berlalu meninggalkan kita. Samada kita ingin mengikut arus masa, maju dan semakin maju atau kita mahu terus tinggal ditakuk lama, menyembunyikan diri dalam tempurung yang kita tahu kita mampu keluar daripadanya.

Lalu apakah masalah terbesar kita? Mengapa tidak maju? Mengapa tidak berdaya saing? Mengapa tidak kaya? Mengapa tidak pandai? Mengapa? Adakah ianya suratan?

Kemalasan. Malas. Semua patut akur dan bersetuju. Malas adalah masalah terbesar kita. Malas senyum, malas kerja, malas masak, malas keluar rumah, malas nak berniaga, malas nak join party, malas nak baca buku, malas nak baca Quran, malas nak bangun solat malam. Malas segala-galanya!!! Lalu ia terus bersarang dalam minda..semakin lemah dan semakin lemah kita jadinya.

Otak yang malas kabur dengan visi. Kontang dengan misi. Otak yang malas hanya nampak yang ada didepan mata, cacat anggotanya, kelu lidahnya, pekak telinganya. Mahu membiarkan diri ditahap lama, selesa dengan kemunduran dan kekurangan.

Siapa muslim? Siapa mukmin? Mampukah kita mendabik dada menyatakan...aku muslim!!! Aku mukmin!! Malu mungkin. Kerana tiada 'mukmin'nya kita. Bertopeng nama dan agama pada kad pengenalan tapi dimana 'muslim' dan 'mukmin'nya kita!!

Kembali..kembalilah pada yang Hak. Jadilah hamba yang berterima kasih, ummat yang mengenang budi. Buanglah jauh-jauh segala kemalasan, bangkitlah demi agama ini. Umat Islam harus cemerlang! Umat Islam harus menjadi yang paling kaya! Paling pandai! Paling kuat! Paling hebat! Siapa? Ya..anda! Saya! Kita semua!!

Jom..kita buang jauh-jauh segala bentuk kemalasan dalam diri. Mulalah membina pemikiran kelas pertama dalam minda kita.

Ayuh!!!

No comments:

Post a Comment