Sunday 6 April 2014

Vision Board untuk anak ibu

Assalamualaikum

Pengalaman mendengar ceramah hari Sabtu tempoh hari memberikan suatu dimensi pemikiran yang baru pada aku.

Pemikiran yang melangkaui apa yang aku lakukan sebelum ini, dan tak pernah aku lakukan walaupun terfikir.

Ibu ayah memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak. Samada kita mahukan anak kita membesar menjadi khalifah dimuka bumi Allah ini atau sebaliknya.

Panduan, dorongan ibu ayah tersangat penting untuk anak-anak. Bisikan kata-kata semangat ditelingan anak-anak sebelum terlena dimalam hari memberi impak yang besar kepada siapa anak kita pada esok hari.

Bermulalah sekarang. Jangan dinanti bila waktu sudah terlewat baru kita menyesal. Siapa yang pernah mendoakan anak-anaknya masuk syurga tanpa hisab? Siapa yang selalu mendoakan anaknya untuk menjadi billionaire suatu hari nanti? Memiliki berekar2 tanah, rumah besar, perniagaan besar dan maju. Siapa? Mata duitankah kita?

Kembali kepada sirah Rasulullah, kita lihat siapa Saidina Uthman bin Affan, siapa Saidina Abu Bakar, siapa Saidatina Khadijah Ibn Khuwailid? Mereka semua hartawan dizaman itu. Yang mengorbankan seluruh harta demi Islam. Mengapa tidak kita juga begitu? Orang Islam mesti menjadi yang terkaya, terbijak, terhebat, tersohor kerana orang beriman itu adalah sebaik-baik manusia disisi Allah.

Anak-anak ibu..

Ibu doakan anak2 jadi khalifah yang mengibarkan panji2 Islam ke seantero dunia. Khalifah yang Al Quran menjadi panduan hidupnya. Khalifah yang seluruh kekayaannya untuk ummah. Khalifah yang cintanya tak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul. Khalifah yang bisa mengajak seluruh umat dunia kembali kepada Islam.

AMIN

No comments:

Post a Comment