Sunday 13 April 2014

Aku Mahu Kaya!!

Assalamualaikum

Pagi-pagi dah bercakap tentang dunia. Kaya. Bila sebut pasal kaya, terbayang sifat tamak, kedekut, membazir dan sebagainya. Semua dikaitkan dengan perkara yang negatif.

Kenapa aku mahu kaya? Mestila...orang Islam mesti kaya. Tidakla perlu menumpang pada hasil duit al kafiruun dan kemudian terhutang budi. Tidaklah ditekan dan dipandang rendah seolah2 Islam sinonim dengan kemiskinan, ketidakmampuan.

Kenapa aku mahu kaya? Ayat biasa..aku mahu tolong orang. Aku mahu tolong ahli keluarga. Tolong yang macamana? Tolong menikmati hidup yang mewah? Tolong sama2 mencorak definisi pembaziran? Tak..aku mahu tolong ummah. Aku mahu dengan hasil titik peluhku, Islam maju kehadapan. Aku mahu harta kekayaanku menjadi saksi disana nanti.

Aku mahu kaya! Kaya iman! Kaya akhlak! Kaya harta! Kaya anak! Dan aku mahu jadi billionaire dunia dan akhirat, capai kesenangan dunia dan kebahagiaan abadi diakhirat sana.

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment