Thursday 3 April 2014

Luarbiasakah dia?

Assalamualaikum

Luarbiasakah dia? Kulihat satu juga kepalanya, 2 biji mata, hidung pun satu, sepasang kaki dan tangan. Luar biasakah dia?

Dia mencorak hidup dengan berjaya sekali. Suatu ketika yang penuh dengan kesempitan dan kesusahan dia harungi dan saat ini dia sudah tersenyum bahagia. Bahagia kerana berjaya mengejar cita-cita, bahagia kerana telah keluar dari kemelut kemiskinan. Luar biasakah dia?

DNAnya aku pasti sangat dengan DNAku. Jantungnya juga mempunyai 4 kamar, sama seperti jantungku. Tapi mengapa dia begitu berjaya? Ada keturunan alienkah? Ada formula tertentukah? Dia insan biasa yang bisa mengeluarkan semaksimum potensi diri yang ada dalam dirinya. Kita adalah sebaik-baik penciptaan Allah. Diciptakan kita dengan suatu anugerah yang Maha Besar dari Allah, dengan pelbagai kelebihan tetapi disini juga kita. Kita ke luar biasa?

Cukup lah memerhati dan terus memerhati. Orang semakin jauh meninggalkan kita. Ini masanya. 'Aku' sudah lama menunggu untuk mengeluarkan potensinya. 'Aku' tak sabar-sabar lagi untuk keluar dari kepompong ini. Kerana 'aku' tahu, dia punyai banyak potensi. 'Aku' tahu kita semua adalah sebaik-baik penciptaan. Dikurniakan akal kita untuk berfikir dan bertindak. Ini masanya. Bukan selepas ni, buka esok.

Luar biasakah dia? Dia insan biasa yang mampu memaksimakan potensi diri, menghasilkan sesuatu yang luarbiasa. Ya...sesuatu yang luar biasa. Bukan masa untuk duduk memerhati, ini masanya untuk bertindak!

Aku mahu berjaya!!
Ya..aku insan biasa yang mahu menghasilkan sesuatu yang luarbiasa, dan yang pasti aku mahu setiap yang ku usahakan semakin mendekatkan aku padaNya...bukan menjauhkan.

Amin Ya Allah

No comments:

Post a Comment