Saturday 5 April 2014

Klinik Keluarga

Assalamualaikum

Hari ini sepagi bersama Ustazah Isfadiah. Seseorang yang sangat saya kagumi ilmu mendidik anaknya. Sungguh tak sangka, dpt bertembung mata dan bersalaman dengan ustazah.

Hari ini program Parents Conference anjuran Brainy Bunch, Islamic Montessory, senang cerita, sekolah tadika Husna. Program ini diakan untuk ibu bapa kepada pelajar-pelajar di Brainy Bunch dan hari ini, terbuka kepada semua.

Klinik Keluarga. Program bertujuan membantu merawat umat dewasa ini yang dah semakin tenat. Program untuk mengingatkan kembali ibu bapa tentang betapa pendidikan anak-anak itu bermula dari dalam rumah. Program untuk menyediakan seorang khalifah yang billionaire di dunia juga diakhirat.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hadir. Walaupun terpaksa mengangkut 3 ketul kesayangan ibu, ibu angkut juga. Sebab ayah bekerja, tak dapat hadir. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan ibu, hampir 5 jam menadah telinga untuk ilmu, bukan mudah dengan 3 putera puteri ibu. Sekejap Husna nak terkencing. Sekejap Faris nak makan. Fathin pulak nak menyusu. Husna dan Faris gelisah nak keluar dari dewan. Fathin gelisah asyik duduk dikerusi. Macam-macam. Tapi rasa seronok kerana berjaya ibu harungi. Sempat juga ibu mencatit mutiara-mutiara kata yang keluar dari ketiga2 ilmuwan yang datang.

Bukan senang nak senang. Bukan senang nak didik seorang anak menjadi manusia, terus, mejadi pemimpin ummah. Ibu bapa terlebih dahulu kena mulakan dari dalam diri. Ibu bapa harus memenuhkan diri dengan ilmu dan taqwa.

Kurniakanlah aku zuriat yang sleh dan solehah Ya Allah

Amin

No comments:

Post a Comment