Tuesday 22 July 2014

Bila Neelofa pakai tudung

Assalamualaikum

Rasa nak berceita tentang Neelofa la harini. Alhamdulillah, akhirnya Neelofa dah berhijab. Seronok tengok sebab saya suka sikapnya. Dia nampak seorang yang baik, merendah diri dan periang dan saya sangat berharap dia pakai tudung satu hari nanti.

Ramadhan kali ni menyaksikan Neelofa mula pakai tudung. Sangat terkesan dihati saya cerita bagaimana Neelofa boleh bertekad untuk pakai tudung.

Ceritanya...

Sambil berdoa dengan Allah, katanya hidupnya masih rasa kosong. Walaupun segala-galanya dia ada. Harta, rumah, kereta, keluarga, kawan-kawan but ada lacking. Dia tercari-cari apakah itu. Spontan Neelofa capai Al Quran dan selak secara random. Katanya dia terbuka penghujung Surah An Nur dan permulaan Surah selepasnya. Dalamnya lebih kurang bercerita tentang nikmat hidup yang hilang bila jauh dari Allah, dan hanya pada Allah tempat segala-gala. Juga ada menyebut tentang hijab. Lalu menangisla Neelofa. Katanya, Allah bagi jawapan direct pada dia. Kali ni memang dia tak boleh tolak, dia dah tak kisah pasal offer kerjaya, Allah dulu,lofa perlu fokus pada Allah dulu, apa Dia nak Lofa buat.

Dan saya pun sangat terharu. Gembiranya hati yang menerima petunjuk dan hidayah. Tenangnya hati bila semakin dekat dengan Allah. Dahla cantik, makin terserlahlah bila bertudung.

Muhasabah diri..jika suatu masa kita mungkin rasa tahap iman kita lebih tinggi dari orang lain, kita buat perbandingan demi perbandingan dan kita menjadi selesa di takuk yang lama. Kerana apa? Kerana kita membanding keimanan dengan mereka yang lebih jahi dari kita. Lalu bila Neelofa pakai tudung, terdetik dihati saya, naik 1 tingkatan Lofa disisi Allah. Aku ni dari dulu sampai sekarang macam tu aje. Bukanke sepatutnya orang Islam hari ininya lebih baik dari semalam?

Insaf..

Banyak lagi perlu diperbaiki. Nak sama-sama dengan mereka yang beriman merebut cinta Allah...

InsyaAllah..

1 comment: