Thursday 12 June 2014

Bila nikmat ditarik

Assalamualaikum

Semalam, saya bekerja seperti biasa. Berjalan ke sana ke sini, rawat pesakit, tulis ubat untuk pesakit. Balik rumah, sibuk uruskan rumah tangga pula. Sibuk turun naik tangga.

Hari ini, semua pergerakan itu sudah tak boleh saya lakukan. Sekelip mata nikmat kaki saya ditarik. Dalam sekelip mata. Satu saat sebelumnya saya masih berjalan baik, sesaat kemudian kaki ini sudah patah akibat jatuh. Bukan kemalangan di jalanraya, hanya jatuh dirumah mak sahaja.

Aduh....sakitnya tak terkata. Kesian pada kaki, kesian pada diri. Tak mampu berjalan lagi, malah tak mampu lagi untuk menampung diri.

Kaki ini kubawa berjalan ke tempat kerja. Melangkah turun naik tangga dirumah. Ke hulu ke hilir ke mana sahaja. Tidak jatuh melangkah longkang, tidak terlanggar dek kenderaan yang lalu lalang, tidak terseliuh berjalan semedang.

Bila hari ini kaki ini mula tidak dapat kuguna...aku tersedar. Bila aku pernah bersyukur dengan ada kakiku ini? Bila aku pernah berterima kasih pada Allah kerana kaki ini masih kuat, bebas melangkah? Bila aku ungkap syukur kerana kaki ini tidak jatuh terjelepuk tiba-tiba?

Insaf...betapa besar nikmat Allah...tapi berapa ramai dari kita yang bersyukur?

Bila nikmat ditarik....baru ku sedar erti syukur. Terima kasih Allah, KAU pimpin aku ke jalanMu.

#jombinaiman

No comments:

Post a Comment