Sunday 22 June 2014

My first day without assistance

Assalamualaikum


Sorry, tajuk je English. Nak tulis panjang-panjang in English cramp kepala akak ni. Hehehe.


Hari ini hari pertama saya dirumah dengan tapak kaki yang patah dan berbalut, seorang diri. Kalau sebelum ni mak ada membantu, tapi bermula hari ini, saya seorang diri.


Rumah saya mula 'hidup' paling awal jam 5.30 pagi. Waktu ni abang (suami) saya dah bangun untuk bersiap ke masjid. Dan sejak kaki yang patah ini, hanya sekali saya bertahajud, selebihnya saya berzikir dan berdoa sambil berbaring setiap kali terjaga menyusukan Fathin.


Sejak keadaan baru ni, kebetulan pula syarikat abang mula kerja 7.30 pagi. Bayangkan kelam kabutnya abang seorang nak siapkan anak-anak, hantar lagi ke 3 tempat berbeza. Nasib baik ada Syukri (adik saya). Tapi, selebihnya seperti lipat tempat tidur, bukak langsir, sediakan makanan, semua tak sempat abang nak buat.


Pagi ini, sambil mengesot dan merangkak, perlahan-lahan saya lipat toto, selimut, susun bantal. Sakit pinggang, sakit lutut, sakit kaki. Tapi tak tahan la tengok rumah bersepah. Sebab sejak saya begini, kami tidur diruang tamu, mudah untuk saya bergerak sana sini. Saya perangat makanan dalam mikrowave, saya sebab langsir setakat yang saya boleh.


Dan sekarang...saya dah terduduk keletihan. Sakit kaki, sakit satu badan. Alhamdulillah, sejak terpaksa tinggal dirumah dan x mampu bergerak banyak, MASTER CHECKLIST menjemput rezeki mudah untuk saya laksanakan.


Setiap pagi..

Istighfar 100x
Tahlil 100x
La hau la wala 100x
Selawat 100x
Al Ikhlas 100x
Ya Wahhab 300x
Yaasin 1x
Al Ma'thurat 1x


Alhamdulillah. InsyaAllah, selagi mampu saya akan terus istiqomah.
Selesai zikir dan baca Al Quran, saya RCA. Banyak yang diimpikan, moga satu hari jadi kenyataan.


Kemudian, saya mula promo SHAKLEE saya dengan harapan ramai yang berminat untuk membeli dan sekaligus jadi anak-anak saya yang hebat.


Dan sekarang...saya mati kutu sekejap. Hidup seharian saya dirumah perlu saya atur. Jika tidak akan berakhir dengan sia-sia sahaja. Sakit hati, sakit badan belakang kira. Hanya Allah sandaran saya ketika ini.


Lafaz Bismillah pembuka setiap perbuatan, semoga Allah pelihara dari segala bentuk kecelakaan.


My first day without assistance
It is a tough day, torturing but I'll keep going.


Mudahkan setiap perkerjaan. InsyaAllah


Dan saya akan teruskan kerja SHAKLEE saya kerana saya ada cita-cita dan impian yang nak dicapai. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment