Tuesday 17 June 2014

Cerita cinta ibu; Fathin dan Shaklee

Imbau kembali tempoh 11 bulan yang lalu. Kelahiran puteri ketiga ibu, Nur Fathin Hanani. Tepat pada tarikh jangka 13 Julai 2013 bersamaan 6 Ramadhon 1434H.

Mengandungkan Fathin ibu di jabatan baru. Jabatan Pesakit Luar. Suasana kerja yang baru, adjustment untuk mengurus masa, emosi, hubungan dan orang baru. Mungkin disebabkan itu ibu agak meloya lebih sikit masa mengandungkan Fathin, afternoon sickness. Alhamdulillah pagi-pagi ok je.

Selalunya di Jabatan Anest ibu banyak bergerak. Di OPD ni, dikebanyakan masa ibu duduk menunggu pesakit masuk. Mungkin itu menjadi punca sehingga tarikh jangka pun belum ada tanda-tanda Fathin nak keluar. Manja agaknya anak ibu ni.

2 minggu sebelum tarikh jangka, ada sedikit kontraksi. Ibu terus ke 'labor room', kawan periksa, baru 2cm dan masih jauh dan tebal lago serviks. Jadi ibu minta discharge. Malas nak menunggu dalam ward. Dekat 2 minggu itu 3 kali ibu pergi periksa jalan. Sampailah yang terakhir di bulan puasa, dalam jam 3 petang ibu ke hospital. Kontraksi tak kuat pun. Tapi ibu minta jugak kawan periksa. 4 cm. Memandangkan sejarah ibu bersalin sebelum ni Alhamdulillah mudah, ibu terus dimasukkan ke bilik bedah.

Ketuban dipecahkan, tak berapala sakit mula kuat. Tak sampai 10 minit sakit kuat, Nur Fathin Hanani pun keluar. Alhamdulillah. Walaupun pengalaman kali ini agak meletihkan sebab ibu berpuasa sampailah ibu melahirkan Fathin, tapi dipermudahkan Allah. Lahirlah baby comel macam anak Korea awal-awal la kan. Hehehe.

Perbezaan besar berpantang kali ini, ibu mula makan SHAKLEE. Tertarik ibu tengok iklan kawan ibu (sekarang ni Mama Shaklee) ibu, ibu pun mula ambil SET KESIHATAN OPTIMUM (VITALEA+VIT C+VIT BCOM). Alhamdulillah, badan yang letih dulu, ibu rasa banyak leganya. Dah seronok ambil SHAKLEE, ibu top up dengan SET MENYUSU EXTRAVAGANZA. Wow!!! Lagi best. Susu banyak, badan ibu tak letih walaupun 2 jam sekali bangun malam menyusukan Fathin, bangun pagi dah takde lenguh2 badan lagi. Fathin pun suke sangat menyusu. Sampaila ke sekarang. Sangat ketagih kalau petang-petang ambil Fathin dari nursery, tak sempat-sempat selak baju ibu untuk menyusu.

Banyak bezanya sejak amalkan SHAKLEE. Alhamdulillah. Badan sihat, tengok anak puas dan menyusu dengan excitednya lagi suka hati.

No comments:

Post a Comment